Jan 8, 2010

Tiru kucing bahagian 1

Copycat menurut google bermaksud 'someone who copies the words or behavior of another '.

Zaman sekolah dulu biasalah. Tengok kawan pakai sepit rambut rama-rama, saya pun nak juga. Kawan pakai tudung dubai, saya pun nak juga. Kawan pakai kasut converse, seluar bell bottom atau apa-apa saja, saya pun nak juga.

Samalah juga masa zaman universiti, kawan pakai tote beg padini, saya pun nak juga. Kawan pakai skirt jeans, saya pun nak juga.

Zaman sekarang, umur dah agak tak berapa nak remaja. Agak-agak ada lagi ke?

Mari kita lakukan ujian...


1) Orang sibuk ber' ekin-ekin' @ ber'ariani-ariani, saya?
TIDAK

2) Orang berfesyen berblouse labuh sleeveless, pakai inner lengan panjang dan berseluar yangkee berkaki ayam (haha..), I mean berseluar legging, saya?
TIDAK

3) Orang usung beg ABCDE....XYZ ke sana sini (beg ada tulis huruf-huruf contohnya LV), saya?
TIDAK


Kalau dilihat pada rekod zaman belajar, saya lebih cenderung untuk meniru gaya rakan-rakan sebaya tetapi semasa zaman bekerja, saya tidak terpengaruh langsung.

Kesimpulan

1) Semasa zaman belajar, saya masih muda. Masih mencari identiti diri jadi mudah terikut. Masa banyak dihabiskan bersama rakan-rakan jadi pengaruh mereka sangat kuat dalam diri.

2) Zaman bekerja, saya makin bertambah usia. Kurang bergaul dengan rakan sebaya. Fesyen-fesyen sekarang tidak memenuhi citarasa saya. Tapi sebenarnya tunang saya kata...

saya masih perasan MUDA.


Kejam gila punya statement! Tapi memang pun sebab tahun ini angka depan bukan lagi 2.

Selamat Tahun Baru ya!

Azam tahun baru ni, saya nak kahwin. Doa-doakanlah, ya?

Jan 7, 2010

Cubalah bayangkan....

pagi-pagi sebelum keluar rumah, kita salam ayah,ibu,abang,kakak,adik,datuk dan nenek kita..

Petang-petang balik rumah, semua orang yang kita salam itu semuanya sudah tidak bernyawa.

Macamana perasaannya?



credit to: CI Cari..



Al-Fatihah...

Jan 5, 2010

What the Duckkk!! (yeah, D supposed to be F)

Saya ada menerima satu email meminta supaya membuat kontra akaun payable saya dengan akaun receivable rakan sekerja saya pada bulan Disember 2009.

Jadi seperti yang diarahkan, saya pun terus melakukannya.

Hari ini, saya telah mengeluarkan satu report. Terjojol biji mata, amaun dalam account receivable masih tidak dicontra dan garisan kematian akaun saya adalah esok.

Saya membawa perkara ini kepada boss saya tetapi malangnya,

You are too fast la, Sya.


Yang buat salah diampun, yang ikut arahan pula kena marah.

Apa cerita ni?

Jan 4, 2010

Hari ini rakyat Singapura dan Thailand....

komplen Malaysia pagi ni tiba-tiba bising balik.


Sebab sesi persekolahan tahun 2010 sudah bermula.


err.. sekolah kat Singapura & Thailand setat bila?

Dec 30, 2009

Turning off the radio, coz I'm so sick of love songs..

Pernah satu ketika dulu saya menghantar sms kepada tunang saya,

Jom gi KL tgk konsert Rihanna, nak tak?


Hari ini saya macam nak ajak dia tengok konsert Ne-yo. Apalah agaknya jawapan dia kali ni.

Kalau dulu dia jawab macam ni.


Lepas tengok konsert Rihanna, kita tengok konsert Raihan pulak.

Dec 29, 2009

Teka teki

Abang Mikhael ngan Abang Absyar, cuba teka apa baby Fiqah cayang (owh gedik~) tengah buat ni?




p/s: addduuuddudeeekkkk.... (maksudnya: maaf ya segala kesepahan kat belakang tu, ibu baby malas kemas rumah =P )

Dec 28, 2009

Buat kenangan...



Agak-agaknya kenapa?