Aug 5, 2010

Lepas tengok video semalam, tiba-tiba teringat...

Dulu semasa saya bersekolah rendah, saya pernah disuruh oleh seorang cikgu untuk menolong mengangkat bunga telur yang besar dan berat. Saiz badan saya ketika itu seperti saiz badan bini popeye, serius sangat berat bunga telur tu. Saya perlu membawanya dari bilik guru merentasi padang ke dewan sekolah. Ada majlis khatam Quran.

Dijadikan cerita sikit lagi nak sampai ke dewan, kaki saya tersadung lalu bunga telur tu terjatuh. Cikgu saya tersebut terus marahkan saya di hadapan orang ramai. Saya minta maaf dan terus lari balik rumah sebab takut dan malu. Hampir seminggu saya tak boleh tidur memikirkan kejadian itu. Pengalaman pertama kena tengking di khalayak ramai. Trauma..

Semasa di tingkatan 4, beberapa rakan lelaki saya bermain-main semasa menjalankan eksperimen di lab kimia. Segala menatang penunu bunsen rosak, tabung uji berkali-kali pecah dan macam-macam lagi. Sampailah satu tahap mereka-mereka ini membiarkan suis gas tu terbuka. Cikgu kimia saya mengamuk, habis kelas kami tak boleh buat eksperimen lagi dan kami tidak dibenarkan masuk ke lab kimia lagi. Kelas kimia hanya di dalam bilik kelas kami sahaja.

Dalam tingkatan 5, lain pula ceritanya. Kami sedang belajar Matematik Tambahan. Saya dan rakan sebelah saya bercakap semasa cikgu mengajar. Bisik-bisik saja pun. Kami sedang bincang tentang jawapan Matematik Tambahan kami dengan jawapan yang cikgu saya tulis di papan hitam.

Terus cikgu tu marah kami berdua. Dia menyuruh kami drop subjek Matematik Tambahan kerana dia tak mahu kami berdua merosakkan pretasi subjeknya dalam SPM tahun tersebut.


Kes pertama
- Rasanya lagi molek cikgu menasihati saya supaya berhati-hati daripada marahkan saya mata letak kat lutut di khalayak ramai. Selepas kejadian itu, saya diejek oleh rakan-rakan.

Kes kedua
- Kenapa seluruh kelas dihukum sebegitu. Kami yang lain datang sekolah ingin belajar bukan hendak bermain-main seperti rakan-rakan sekelas kami itu. Kesian kami buat eksperimen dalam buku jer.

Kes ketiga
- Saya memang bersalah sebab bercakap semasa cikgu mengajar tapi kenapa tak minta penjelasan dari kami. Malah cikgu menyuruh kami drop subjek tersebut. Sedih sangat.

Kes ketiga lagi
- Kenapa papan hitam dipanggil papan hitam sedangkan papan itu berwarna hijau?

3 comments:

Amrixxx said...

aku teringat mase aku darjah 4..
aku bagitau member2 aku jawapan pada soklan matematik coz mereka xtau..

sekali tuh tetiba aku kena marah teruk & kena berdiri luar kelas.. ampesh tol.. huhu :D

bofoyengfeng said...

sadis ceritanya yong...
yang paling sadis kes yang 'ketiga lagi' tu...sampe sekarang teman pun penin memikiorkannye yong...

Sang Lanun said...

aku rase kes2 laen mmg munasabah yg care penyelsaiannya x betol...bg ak,kes ke-2 mmg la slh cegu tibe2 jek sluruh kelas kene hukum tapi ak rase penyelesaiannya bagus gak coz nak latih kita berdisiplin, igt dan biar kita sedar yg segala tindakan atau perbuatan kita boleh menyebabkan kawan2 yg laen gak kene hukum...bak kata pepatah tumpah nila setitik rosak susu ducthlady 1 kilang...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails