Dec 14, 2010

Susun balik elok-elok

Oklah, kawan-kawan saya dah mula saun-saun saya supaya teruskan kehidupan.

Ya baik! Sedang teruskanlah ni, kalau tidak saya dah join Alviss Kong Club, sumber inspirasi meroyan di FB..haha! Sekarang saya nak susun balik hidup saya. Selepas 4 tahun, tiba-tiba keadaan jadi berubah sekelip mata buat saya rasa awkward.

Baru-baru ni saya ada pergi interview kat KL dan saya gagal mendapat pekerjaan tersebut. Sedih tapi orang kata takde rezeki nak buat macamana. Kalau ikutkan memang saya nak sangat kerja tu tapi tolonglah terima hakikat ya! hihi..

Boss saya memang tahu intention saya untuk resign dan membawa diri ke KL semula jadi cepat-cepat dia offer saya untuk kembali ke Shah Alam dengan syarat saya sambung belajar part time. Inilah dilema saya. Kalau saya dapat kembali ke Shah Alam, tentulah seronok. Balik kepada office mate saya yang tersayang, dapat kembali bersama famili dan kawan-kawan kat sana. Dapat huha huha sana sini macam dahulukala. Best tu.

Cuma yang tak seronoknya, macam selfishkan?. Saya mendapat 'keistimewaan' untuk masalah peribadi saya.

Korang rasa macamana? Patutkah saya terima offer ni?

10 comments:

Kehelan said...

salam

bg saya, takde selfishnya...

ada niat tak nak further study?
kalu ada, grab saja peluang tu... :)

F A R Y N said...

accept je...

Khairi said...

kau jgn memandai nak jadi mcm alviss kong okey.

mmg betul2 kong. kesian dia. serius.

bofoyengfeng said...

1st. welcome back sis. :)
2nd. ambik je offer tu.

Sky0ne said...

tak patut...patut tukar ke pahang je...kehkehkeh

mawarbiru said...

amik je peluang yg ada tu..
tp sblom ko pergi,blanja kitorg (rena & aku) mkn - kire farewell lah ni..hehehe..

Syue Mustafa said...

Itu namanya peluang, bukannya selfish. Ingat tak dulu seblom pergi Johor cakap nak dok sana tak lama. Inilah masanya. Bukannya bermaksud dok kat sana tak elok tapi bila luka di hati tu tak sembuh-sembuh, hati pun masih dok terkenang-kenang eloklah pindah dari sana. Bina hidup baru sekali lagi.

fRaMe+LenSeS said...

adik rasa patut..
p ja la kak..
apa salahny.. untuk masa depan gak kan.
bgs pa lagu tu.. nt leh huha huha ng adik plak..
agagagagag.. :p

chenta said...

grab je!i support u la sis! ^_^

Faizul said...

orang nak bagi, ambik je. rasanya orang tu pun tau pasal situasi anda, jadi kalau dia dah bagi peluang camni, maknanya dia dah pertimbangkan semua faktor.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails